Ahad, 31 Julai 2011

SECEBIS KISAH NEGERI SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Setibanya aku di bandar Kota Kinabalu aku rasa tak ada apa-apa pun yang istimewa di sini sebab saiz bandarnya lebih kurang Bukit Mertajam aja, Tetapi tak kesahlah sebab aku datang kesini sekadar ingin mencari pengalaman hidup di rantau orang.
Satu kelainan yang agak ketara di sini ialah pengangkutan awam, di sini mereka menggunakan van yang di panggil bas sebagai pengangkutan. Kali pertama aku menggunakan bas yang aku maksudkan ini ialah ketika aku hendak pergi solat jumaat. Sewaktu aku melangkah masuk aja ke dalam bas aku agak teruja bilamana melihat cantiknya gadis-gadis di sini, dari segi rupa paras kalau setakat artis kat semenanjung tu.. kalah dengan dia orang.
Apa yang aku perhatikan tentang orang-orang kat sini, dia orang ni  tak tahu nak sombong ianya amat berbeza dengan kita di semenanjung.
Semasa hari raya puasa aku sembahyang sunat hari raya di masjid Likas, wau.!.masjjid ni memang cantik.Setelah habis aja sembahyang aku dan kawan-kawan pergi pula  ke Gunung Kinabalu setakat kaki gunung aja.!  tujuan kami nak menginap di sana selama dua malam, biasalah kat sini walaupun hari raya tapi tak ada sedara-mara untuk di kunjung, jadi sebagai mengisi masa cuti kami pun ambilah kesempatan tempat-tempat menarik di sini.
Sepanjang perjalan kesana aku amat kagum dengan keindahan alam semulajadi disana, permandangan bukit-bukau yang hijau membiru memang cantik sehingga aku rasa macam nak ambil gambar hampir di semua tempat. Kini aku sedar apa yang kita ada, mungkin tiada pada mereka dan apa yang mereka ada, ianya tiada pada kita.. Apa yang ada pada kita suatu hari mereka akan ada tetapi apa yang mereka ada adalah mustahil untuk kita ada.

Tiada ulasan: