Contoh minyak masak yang di pack |
Pada suatu hari ada la sebuah lori dengan tangki plastik yang agak besar masuk ke kilang ditempat aku berkerja.Sebelum masuk macam biasa lah pemandu lori tersebut yaitu seorang lelaki cina bersama pembantunya datang ke guard post untuk mendaftar, walau bagaimana pun segala urusan pendaftaran dilakukan oleh security yang lebih lama daripada aku yang masih dalam latihan..
Setelah hampir satu jam lori tersebut pun keluar dari kilang dengan tangki plastik yang dibelakang lori tadi penuh dengan cecair berwarna hitam. Oleh kerana perasaan ingin tahu aku pun tanya lah pada security lama yang jadi trainer aku, "lori tadi pergi mana dan apa yang dia ambil dari dalam?" lalu dia pun menjawab "oh..lori tadi tu.!! dia orang pergi ke kantin dan ambil minyak masak yang telah digunakan untuk tujuan guna semula" "oh,,begitu.." jawab aku.
Persoalan nya sekarang aku rasa anda semua mungkin dah boleh agak kan?. Kerja dua orang cina ni hari-hari dari satu kilang kesatu kilang dan dari satu restoran ke satu restoran semata-mata untuk membeli minyak terpakai untuk di tapis dan diguna kembali.. Minyak-minyak tu pula kalau setakat minyak bekas goreng ikan sahaja rasanya tidak ada masalah..tetapi anda bayangkan minyak-minyak tersebut bekas goreng ayam yang tak di sembelih dan lebih dahsyat lagi bekas goreng.babi.eee!!.
Semenjak dari itu aku tidak lagi membeli minyak yang di pack didalam plastik atau minyak-minyak dari pasar malam sebab aku amat meragui minyak-minyak tersebut. Aku lebih rela membeli minyak masak yang lebih berjenama keluaran bumiputera biar pun harganya sedikit mahal tetapi ianya lebih bersih untuk santapan keluarga. Walau pun ini bukan lah suatu jaminan namun sekurang-kurangnya aku telah berusaha kearah itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan