Khamis, 11 Ogos 2011

Susahnya mencari yang benar-benar halal.




Dulu semasa aku sendiri tak tahu apa-apa aku juga selalu belasah dan makan apa saja asalkan benda tu dari orang islam, bagi aku ianya sudah cukup halal sebab orang islam yang masak lebih-lebih lagi orang melayu.
Tapi kini setelah aku berjinak-jinak dengan surau kat tempat aku, baru aku tahu...

Kata Ustaz:

Ikan kembung yang di kukus (orang kedah kata ikan temenung lengat) bersama najis nya adalah haram di makan, kerana isinya telah diresapi najis
Ikan gelama dan tenggiri masam yang di jeruk bersama-sama najis nya haram di makan, kerana isinya telah diresapi najis
Telur asin yang mana sewaktu ianya di asinkan tidak berbasuh maka hukumnya haram di makan, karana kesan najis pada kulit nya telah menyeram mamasuk bersama garam kedalam telur tersebut
Telur ayam yang tidak berbasuh adalah haram di makan.

Sepeti biasa dibulan ramadhan begini begitu banyak sekali gerai-gerai yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, namun begitu berapa ramaikah para peniaga yang menitik beratkan soal halal dan haram secara terperinci ataukah mereka pun sama macam aku, asalkan tiada unsur2 babi atau ayam cucuk tengkuk aja kira halal.

Di antara empat benda diatas ikan kembung kukus dan ikan gelama masam boleh di elakan hanya dengan tidak mengambil hidangan tersebut. Ikan tenggiri selalunya di campur pada sayuran seperti kailan.sawi dan taugeh. Telur asin selalunya dihidang secara rebus namun ada juga dicampur pada nasi kerabu kelantan dan nasi ulam utara. Bagi telur ayam biasa pula memang banyak sekali digunakan dalam berbagai masakan, jadi agak sukar bagi kita untuk menentukan status halal sesuatu hidangan yang di jual tetapi kalau lah kita memang dah nampak telur yang masih didalam tray asalnya, memang dah sah lah telur tu tak bersih. Walau dicuci sekali pun kalau diletak kembali pada tray yang dah terkena najis bererti telur itu dah najis kembali sebab tray kertas tak boleh di cuci dengan air.

Nah..sekarang cuba anda perhatikan di setiap pasar ramadhan, tak usahlah pergi jauh-jauh cuma di kawasan jajahan Bayan Lepas sahaja dah cukup. Paling mudah untuk kita lihat gerai mana guna telur yang tidak berbasuh anda perhatikan dulu gerai murtabak, cuma yang melayu sahaja tidak termasuk mamak.. sebab mamak memang dah terkenal dengan tabiat pengotor ibarat irama dan lagu tak dapat di pisahkan, pepagi hari dah buka kedai tak kira apa bulan dosa pahala bukan persoalan pendek kata mamak ni..membujur lalu melintang patah.
Di Bayan Lepas kalau gerai murtabak cuma ada satu gerai sahaja yang telurnya berbasuh. Amat menyedihkan kat Bayan Lepas ni yang ada peniaga yang nampak hebat dari segi keterampilan nampak alim, janggut ala-ala tabligh dengan jubah aras lutut tetapi sayang seribu kali sayang jual murtabak dengan telur yang masih didalam tray asal.
Kalau anda datang pasar ramadhan Bayan Baru lagi menyedihkan..di perkarangan masjid sendiri pun begitu ramai peniaga murtabak yang guna telur terus dari tray asal.
Kepada ustaz-ustaz, lebai-lebai, haji-haji,imam-iman dan seluruh ahli jawatan kuasa Masjid Bayan Baru, tolonglah perhatikan sama benda-benda macam ni walau pun nampak remeh tetapi anda semua kelak akan di persoalkan dahulu oleh Allah..jangan kira mashuuuk..ja!! kejayaan di sini biarlah sampai ke syurga. kalau para peniaga ni tak tahu, tahu-tahukan lah dia orang semua, nanti dia orang dapat ilmu dan ustaz-ustaz semua dapat pahala.

1 ulasan:

Pha Is berkata...

orang bayan baru ka? nanti bila2 try mai kat seberang pekena char kwe teau kat sungai dua (sebarang)... kat kedai tu ditulis besar2 "TELUR AYAM DIBASUH".... hehehe