Jumaat, 30 September 2011

Kemarahan dan cinta tiada batasan

Pada suatu hari si Ayah sedang menggilap kereta barunya, sementara anaknya kecilnya yang berusia lima tahun bermain-main di sekitarnya.
Sedang si ayah asyik menggilap keretanya entah bagaimana tiba-tiba datang si anak tadi telah mencalarkan kereta si ayah dengan seketul batu kecil.
Maka si ayah merasa sangat marah,
lalu memukul anaknya berkali-kali sehingga tanpa menyedari tangan nya telah tercapai pemutar skru dan terus memukul tangan si anak. Walau bagaimanapun tiba-tiba kemarahan si ayah terhenti apabila dia melihat tangan si anak mula berlumuran darah.
si ayah dengan perasaan cemas terus membawa anak nya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, memandangkan salah satu jari anaknyak telah hancur maka anak itu terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari dan jarinya terpaksa di potong.

Di hospital, anak kecil itu sering bertanya "Ayah..bilakah jari adik akan tumbuh.. ayah.. jari adik sakit.."
Hati si ayah menjadi amat hiba dan menyesal mendengar rungutan anak kecil nya itu..
Si ayah pergi ke kereta sambil menagis dan menendang keretanya berkali-kali,
Dia duduk sebentar di kaki lima sambil memerhatikan kesan calar yang dilakukan anaknya didapati anaknya telah menulis
''I LOVE YOU AYAH ...''

Tiada ulasan: