Ahad, 2 Oktober 2011

Betapa Miskinnya Kita

Suatu ketika seseorang yang sangat kaya mengajak anaknya mengunjungi sebuah kampung dengan tujuan utama memperlihatkan kepada anaknya betapa orang-orang boleh sangat miskin.Mereka menginap beberapa hari di sebuah daerah pertanian yang sangat miskin.

Pada perjalanan pulang, sang Ayah bertanya kepada anaknya. "Bagaimana perjalanan kali ini?"
"Wah, sangat luar biasa Ayah"
"Kau lihatkan betapa manusia bisa sangat miskin"kata ayahnya.
"Oh iya" kata anaknya
"Jadi, pelajaran apa yang dapat kamu ambil?"tanya ayahnya.

Kemudian si anak menjawab. "Saya saksikan bahawa:

Kita hanya punya satu anjing, mereka punya empat.
Kita punya kolam renang yang luasnya sampai ke tengah taman kita dan mereka memiliki telaga yang tidak ada batasnya.
Kita mengimport lampu-lampu di taman kita dan mereka memiliki bintang-bintang pada malam hari. Kita mempunyai pagar sampai ke halaman depan, dan mereka mempunyai cakrawala secara utuh.
Kita mempunyai sebidang tanah untuk tempat tinggal dan mereka memiliki ladang yangmelampaui pandangan kita.
Kita punya pelayan-pelayan untuk melayani kita,tapi mereka melayani sesamanya.
Kita membeli untuk makanan kita, mereka menumbuhkannya sendiri.
Kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling melindungi. "

Mendengar hal ini sang Ayah tak dapat berbicara.
Kemudian si anak menambah "Terimakasih Ayah,telah menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."

Sebenarnya ...
Betapa seringnya kita melupakan apa yang kitamiliki dan terus memikirkan apa yang tidak kita punya. Apa yang dianggap tidak berharga oleh seseorang ternyata merupakan dambaan bagi orang lain. Semua ini berdasarkan kepada cara pandang seseorang.
Membuat kita bertanya apakah yang akan terjadi jika kita semua bersyukur kepada Tuhan sebagai tanda terima kasih kita atas semua yang telah disediakan untuk kita daripada kita terus menerus bimbang dan sering meminta lebih

Jumaat, 30 September 2011

Kemarahan dan cinta tiada batasan

Pada suatu hari si Ayah sedang menggilap kereta barunya, sementara anaknya kecilnya yang berusia lima tahun bermain-main di sekitarnya.
Sedang si ayah asyik menggilap keretanya entah bagaimana tiba-tiba datang si anak tadi telah mencalarkan kereta si ayah dengan seketul batu kecil.
Maka si ayah merasa sangat marah,
lalu memukul anaknya berkali-kali sehingga tanpa menyedari tangan nya telah tercapai pemutar skru dan terus memukul tangan si anak. Walau bagaimanapun tiba-tiba kemarahan si ayah terhenti apabila dia melihat tangan si anak mula berlumuran darah.
si ayah dengan perasaan cemas terus membawa anak nya ke hospital bagi mendapatkan rawatan, memandangkan salah satu jari anaknyak telah hancur maka anak itu terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari dan jarinya terpaksa di potong.

Di hospital, anak kecil itu sering bertanya "Ayah..bilakah jari adik akan tumbuh.. ayah.. jari adik sakit.."
Hati si ayah menjadi amat hiba dan menyesal mendengar rungutan anak kecil nya itu..
Si ayah pergi ke kereta sambil menagis dan menendang keretanya berkali-kali,
Dia duduk sebentar di kaki lima sambil memerhatikan kesan calar yang dilakukan anaknya didapati anaknya telah menulis
''I LOVE YOU AYAH ...''

Selasa, 6 September 2011

Dari Blog Indonesia

Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta, ahli bedah saraf dari Rumah Sakit San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr, MD mengatakan bahawa penagihan (kecanduan) mengakibatkan otak bagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental kawasan (VTA) secara fizikal mengecil.

"Pornografi menimbulkan perubahan konstan pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak boleh lagi mengawal perilakunya, "kata Hilton serta menambah penagihan pornografi juga menimbulkan gangguan ingatan. Keadaan itu, tidak berlaku secara cepat dalam masa yang singkat namun melalui beberapa tahap iaitu ketagihan yang bertanda dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

"Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain,"

12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada "keinginan mata" dan "keinginan daging" yang tidak akan pernah berpuas hati. Pornografi hanya akan membuat 'penontonnya' minta tambah, tambah, dan tambah lagi.

Dengan mudah, pornografi memperhambakan orang akan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoisan. Kekuatan tersembunyi di sebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada saat orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk lepas.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata-mata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada saat seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi-pun, gambar-gambar yang pernah ia lihat di masa lalu akan berlangsung hingga beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi ajang promosi terhadap amalan seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasnya berhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan, rogol, seks dengan kekerasan dan lain-lain.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tertantang untuk mencuba. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang di masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri berbanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan memenuhi nafsu peribadi yang boleh membuat seseorang sukar menerima dan membari cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan masa dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu luang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman lucah atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut menyokong perkembangan industri pornografi yang biasanya dikendalikan oleh "jenayah terancang" yang mencari dana dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan lingkungannya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan pacaran, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya terhadap tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si 'korban'. Pada pasangan yang telah berkahwin, ini akan mencetuskan ketidakpuasan seksual dan amalan seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang tadinya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi boleh merosakkan hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imajinasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

Orang yang terikat pornografi menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong ia dapat menyembunyikan rasa malunya dan mengelakkan kritik dari lingkungannya. Kemanapun ia pergi, ia akan cenderung memakai 'topeng'.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada kesan spiritual yang serius.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi pemirsanya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makn pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Contoh penipuan yang ditawarkan ialah:
a. Kebebasan seksual = kebahagiaan
b. Penyimpangan seksual = normal
c. Bila-bila masa melepaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar
d. Setiap hari melancap = sihat
e. Pornografi = tidak menyakiti sesiapapun
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia
g. dll.

Khamis, 11 Ogos 2011

Susahnya mencari yang benar-benar halal.




Dulu semasa aku sendiri tak tahu apa-apa aku juga selalu belasah dan makan apa saja asalkan benda tu dari orang islam, bagi aku ianya sudah cukup halal sebab orang islam yang masak lebih-lebih lagi orang melayu.
Tapi kini setelah aku berjinak-jinak dengan surau kat tempat aku, baru aku tahu...

Kata Ustaz:

Ikan kembung yang di kukus (orang kedah kata ikan temenung lengat) bersama najis nya adalah haram di makan, kerana isinya telah diresapi najis
Ikan gelama dan tenggiri masam yang di jeruk bersama-sama najis nya haram di makan, kerana isinya telah diresapi najis
Telur asin yang mana sewaktu ianya di asinkan tidak berbasuh maka hukumnya haram di makan, karana kesan najis pada kulit nya telah menyeram mamasuk bersama garam kedalam telur tersebut
Telur ayam yang tidak berbasuh adalah haram di makan.

Sepeti biasa dibulan ramadhan begini begitu banyak sekali gerai-gerai yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, namun begitu berapa ramaikah para peniaga yang menitik beratkan soal halal dan haram secara terperinci ataukah mereka pun sama macam aku, asalkan tiada unsur2 babi atau ayam cucuk tengkuk aja kira halal.

Di antara empat benda diatas ikan kembung kukus dan ikan gelama masam boleh di elakan hanya dengan tidak mengambil hidangan tersebut. Ikan tenggiri selalunya di campur pada sayuran seperti kailan.sawi dan taugeh. Telur asin selalunya dihidang secara rebus namun ada juga dicampur pada nasi kerabu kelantan dan nasi ulam utara. Bagi telur ayam biasa pula memang banyak sekali digunakan dalam berbagai masakan, jadi agak sukar bagi kita untuk menentukan status halal sesuatu hidangan yang di jual tetapi kalau lah kita memang dah nampak telur yang masih didalam tray asalnya, memang dah sah lah telur tu tak bersih. Walau dicuci sekali pun kalau diletak kembali pada tray yang dah terkena najis bererti telur itu dah najis kembali sebab tray kertas tak boleh di cuci dengan air.

Nah..sekarang cuba anda perhatikan di setiap pasar ramadhan, tak usahlah pergi jauh-jauh cuma di kawasan jajahan Bayan Lepas sahaja dah cukup. Paling mudah untuk kita lihat gerai mana guna telur yang tidak berbasuh anda perhatikan dulu gerai murtabak, cuma yang melayu sahaja tidak termasuk mamak.. sebab mamak memang dah terkenal dengan tabiat pengotor ibarat irama dan lagu tak dapat di pisahkan, pepagi hari dah buka kedai tak kira apa bulan dosa pahala bukan persoalan pendek kata mamak ni..membujur lalu melintang patah.
Di Bayan Lepas kalau gerai murtabak cuma ada satu gerai sahaja yang telurnya berbasuh. Amat menyedihkan kat Bayan Lepas ni yang ada peniaga yang nampak hebat dari segi keterampilan nampak alim, janggut ala-ala tabligh dengan jubah aras lutut tetapi sayang seribu kali sayang jual murtabak dengan telur yang masih didalam tray asal.
Kalau anda datang pasar ramadhan Bayan Baru lagi menyedihkan..di perkarangan masjid sendiri pun begitu ramai peniaga murtabak yang guna telur terus dari tray asal.
Kepada ustaz-ustaz, lebai-lebai, haji-haji,imam-iman dan seluruh ahli jawatan kuasa Masjid Bayan Baru, tolonglah perhatikan sama benda-benda macam ni walau pun nampak remeh tetapi anda semua kelak akan di persoalkan dahulu oleh Allah..jangan kira mashuuuk..ja!! kejayaan di sini biarlah sampai ke syurga. kalau para peniaga ni tak tahu, tahu-tahukan lah dia orang semua, nanti dia orang dapat ilmu dan ustaz-ustaz semua dapat pahala.

Ahad, 7 Ogos 2011

Eee!! minyak kitar semula

Contoh minyak masak yang di pack
    Aku sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang  kat Penang sekadar nak berkongsi sesuatu dengan anda semua. Tak kala itu aku baru sahaja berkerja di kilang tersebut.
    Pada suatu hari ada la sebuah lori  dengan  tangki plastik yang agak besar masuk ke kilang ditempat aku berkerja.Sebelum masuk macam biasa lah pemandu lori tersebut yaitu seorang lelaki cina bersama pembantunya datang ke guard post untuk mendaftar, walau bagaimana pun segala urusan pendaftaran dilakukan oleh  security yang lebih lama daripada aku yang masih dalam latihan..
    Setelah hampir satu jam lori tersebut pun keluar dari kilang dengan tangki plastik yang dibelakang lori tadi penuh dengan cecair berwarna hitam. Oleh kerana perasaan ingin tahu aku pun tanya lah pada security lama yang jadi trainer aku, "lori tadi pergi mana dan apa yang dia ambil dari dalam?" lalu dia pun menjawab "oh..lori tadi tu.!! dia orang pergi ke kantin dan ambil minyak masak yang telah digunakan untuk tujuan guna semula"  "oh,,begitu.." jawab aku.

Persoalan nya sekarang aku rasa anda semua mungkin dah boleh agak kan?. Kerja dua orang cina ni hari-hari dari satu kilang kesatu kilang dan dari satu restoran ke satu restoran semata-mata untuk membeli minyak terpakai untuk di tapis dan diguna kembali.. Minyak-minyak tu pula kalau setakat minyak bekas goreng ikan sahaja rasanya tidak ada masalah..tetapi anda bayangkan minyak-minyak tersebut bekas goreng ayam yang tak di sembelih dan lebih dahsyat lagi bekas goreng.babi.eee!!.
    Semenjak dari itu aku tidak lagi membeli minyak yang di pack didalam plastik atau minyak-minyak dari pasar malam sebab aku amat meragui minyak-minyak tersebut. Aku lebih rela membeli minyak masak yang lebih berjenama keluaran bumiputera  biar pun harganya sedikit mahal tetapi ianya lebih bersih untuk santapan keluarga. Walau pun ini bukan lah suatu jaminan namun   sekurang-kurangnya aku telah berusaha kearah itu.